Perutusan Pensyarah Penasihat
Pembangunan muzik tradisional yang semakin rancak berkembang di negeri Sarawak serta Malaysia umumnya telah mendorong kepada penubuhan Orkestra Tradisional Institut Pendidikan Kampus Tun Abdul Razak. OTM-IPGKTAR (Orkestra Tradisional Malaysia -Institut Pendidikan Kampus Tun Abdul Razak). Ia beridentitikan masyarakat majmuk negara ini dari segi kemanusiaan dan muzikal, yang mana budaya pelbagai kaum menjadi teras, dengan mengekalkan fungsi dan identiti muzik asli dan warisan. Pemilihan genre dan gubahan muzik akan menyatukan ciri-ciri keaslian muzik warisan ini dalam satu gabungan yang penuh dengan nilai estetika dan keasliannya. Penubuhan OTM-IPGKTAR adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyatupadukan seluruh rakyat samada pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak, Negeri Sarawak dan Malaysia yang berbilang kaum melalui seni muzik tradisional.
Penubuhan OTM-IPGKTAR merupakan usaha berterusan IPGKTAR selaras dengan seruan kerajaan bagi menstrukturkan semula bakat muzik dalam kalangan pelajar IPG yang pelbagai kaum dan etnik serta menjadikan kepelbagaian peralatan muzik tradisional Malaysia dihayati melalui bengkel dan latihan yang dijalankan bagi meningkatkan keupayaan mereka mencapai taraf antarabangsa dan profesional satu ketika nanti. Usaha ini penting kerana guru adalah agen berubahan dan pembangunan bangsa. Dengan adanya pendidikan berkaitan permainan alat muzik tradisional ini mereka boleh menyemarakkan pembangunan muzik tradisional di sekolah tempat mereka mengajar nanti.
Penubuhan OTM-IPGKTAR selari dengan saranan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pelajaran, dan kerajaan sebagai pemangkin revolusi muzik Malaysia pada masa akan datang. Ia berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik Sarawak seperti Melayu Iban, Cina, India, Orang Asli dan Sabah. Gabungan pelbagai genre muzik ini adalah diharap dapat dijadikan satu landasan kepada suatu konsep muzik baru yang menyatupadukan pelajar sebagai rakyat Malaysia yang beridentiti.
Oleh yang demikan, seluruh warga IPGKTAR dan warga Orkestra Tradisional Malaysia IPGKTAR terutamanya ,menghargai sokongan padu yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak bagi menjayakan program ini.
Salam Sejahtera dan Salam Kebudayaan Semua.
"Melahirkan Guru Berkualiti, Seni Budaya Disanjungi"
Abdul Lattif Bin Poli
Pensyarah Penasihat
Orkestra Tradisional Malaysia IPGKTAR